Sabtu, 3 Disember 2011


Borang bantuan isi rumah boleh diperoleh secara PERCUMA dari laman sesawang Lembaga Hasil Dalam Negeri mulai 10 Disember 2011 ini sehingga 10 Januari 2012. Harap maklum bahawa borang ini diedarkan secara percuma, tiada bayaran dikenakan seperti yang diwar-warkan oleh sindiket tidak bertanggungjawab baru-baru ini. Dapatkan terus dari Kaunter LHDN atau muat turun terus dari Portal LHDN.

[UPDATE 10.12.11] Sila baca DISINI

Siapakah Yang Layak Memohon?
Keluarga dengan pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah

Kriteria Pemohon :
  1. Individu berkahwin,termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa
  2. Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  3. Individu(Bujang, Duda, Ibu tunggal) yang mempunyai tanggungan dan warga emas sebatang kara
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau agensi-agensi kerajaan yang terpilih. Bantuan itu dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah negara ini dan melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion. ~ Kosmo

0 ulasan:

INFO TontonTV

Malaysia -
Click To Find Out More :
A step closer to your dreams
It's a great time to whizz off with an MPV
Most Wonder-ful Galaxy Series
Are you ready for the most thrilling undercover mission of your life?





Tutup My NuffnangTolong Support GANG :)

TOP Referer