Sabtu, 31 Disember 2011


KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM Berhad) melanjutkan perkhidmatan komuternya sehingga awal pagi 1 Jan sempena sambutan Tahun Baru 2012. Menurut kenyataan KTM Berhad hari ini, ini bagi membolehkan orang ramai membuat perjalanan pulang selepas menyambut sambutan tahun baru di ibu negara.

KTM Komuter menyediakan empat perkhidmatan tren tambahan pada awal pagi 1 Jan, 2012 bagi laluan Mid Valley/KL Sentral- Rawang, Putra /KL Sentral-Seremban, dan KL Sentral-Batu Caves dan lima tren tambahan bagi laluan Putra/Kl Sentral-Pelabuhan Klang. Namun begitu, tiada perkhidmatan tren komuter tambahan bagi laluan Rawang-Tanjung Malim dan Seremban-Sg Gadut.

Tren tambahan dan perjalanan tren terakhir bagi laluan Mid Valley/KL Sentral- Rawang pada 2.06 pagi, laluan Putra /KL Sentral-Seremban, pada 2 pagi, laluan Putra/KL Sentral-Pelabuhan Klang pada 2.06 pagi dan laluan dari KL Sentral-Batu Caves pada 2.10 pagi. "Orang ramai juga dinasihati supaya mengikut segala peraturan keselamatan serta mematuhi arahan pegawai KTM Berhad yang bertugas," menurut kenyataan itu.

KTM Berhad menasihati orang ramai yang ingin menggunakan perkhidmatan Komuter supaya membeli tiket perjalanan dua hala bagi mengelakkan kesesakan di mesin jualan tiket semasa perjalanan pulang. Maklumat lanjut, hubungi pusat panggilan di talian bebas tol 1 300 88 5862 atau stesen KTM Berhad berdekatan. – BERNAMA
Rabu, 28 Disember 2011


KOTA BHARU – Majlis Keselamatan Negara (MKN) menasihati penduduk di sepanjang pantai di negeri ini supaya sentiasa berwaspada dengan ancaman ombak besar yang dijangka berlaku sehingga Khamis ini.

Agensi itu juga meminta orang ramai supaya tidak menghampiri kawasan pantai kerana bimbang akan berlaku kejadian tidak diingini ekoran daripada fenomena air pasang besar itu. Setiausaha MKN Kelantan, Mohamad Rosle Mamat berkata, nelayan kecil dan laut dalam diminta supaya mendapatkan maklumat ramalan kaji cuaca terlebih dahulu sebelum keluar ke laut untuk mencari rezeki.

"Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran tentang fenomena air pasang besar ini, jadi kita meminta penduduk dan nelayan supaya sentiasa berjaga-jaga bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. Begitu juga dengan orang ramai diminta supaya tidak menghampiri kawasan ‘gigi air’ di pantai kerana ombak besar atau fenomena ekor naga boleh berlaku pada bila-bila masa. Kalau mahu berkelah boleh tetapi jangan mandi atau menghampiri pantai."

"Bagi nelayan ke laut, kita minta mereka supaya meningkatkan tahap keselamatan serta membawa alat perhubungan bagi memudahkan komunikasi sekiranya berlaku bencana,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai lebih 30 chalet dan pusat peranginan yang diusahakan penduduk tempatan di pesisir Pantai Irama hingga ke Pantai Kandis, Bachok diancam hakisan berikutan angin kencang dan ombak besar sejak tiga hari lalu.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi dalam laman webnya meramalkan hujan serta ribut petir dan angin kencang dengan kelajuan 60 sehingga 70 kilometer sejam bertiup di sepanjang pantai negeri ini. Ia juga akan menyebabkan ombak besar setinggi 5.5 sehingga 7.5 meter bermula hari ini sehingga Khamis depan. Mohamad Rosle berkata, fenomena tersebut tidak akan memberi kesan besar sekiranya tiada hujan lebat di kawasan pedalaman.

"Setakat ini keadaan masih terkawal kerana hujan sekejap-kejap sahaja, sekiranya hujan berterusan kita bimbang akan berlaku banjir besar. Sehingga sekarang kita masih belum menerima sebarang aduan kerosakan atau kemalangan disebabkan ombak besar ini," katanya. Sementara itu, mengulas mengenai hakisan pantai, beliau berkata, kawasan persisiran Pantai Kandis tidak mempunyai benteng disebabkan ia tidak terhakis sebelum ini.

"Di Kandis kita tidak membina benteng disebabkan ia tidak pernah terhakis. Kerajaan Pusat telah membina benteng di Sabak dan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu; Pulau Belongan dan Pantai Cahaya Bulan, Bachok bagi mengelak hakisan beberapa tahun lalu. Bagaimanapun kita akan memantau hakisan yang berlaku di kawasan tersebut untuk tindakan lanjut selepas ini," katanya.

Selasa, 20 Disember 2011

KUALA LUMPUR 18 Disember 2011 – Sejarah media baru negara telah terukir hari ini dengan pelancaran televisyen Internet dan mobil pertama negara, 1Malaysia TV oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Televisyen interaktif yang boleh dilayari menggunakan telefon pintar dan tablet itu merupakan wadah dan sumber terbaharu bagi belia mendapatkan maklumat, berita dan mesej meliputi isu-isu semasa yang melibatkan golongan tersebut.

Dengan melayari www.1malaysiaiptv.com.my atau www.erama.tv/mobiletv, pengguna boleh mengakses rangkaian saluran menarik seperti RTM1, RTM2, TV3, TV AlHijrah, My Youth TV (MyTV), CCTV1, e-Korea TV dan Documentary TV. Penasihatnya, Datuk Md. Afendi Hamdan, berkata pelancaran saluran Internet itu adalah sejajar dengan galakan kerajaan dalam membawa gagasan 1Malaysia ke dalam media baru yang canggih merangkumi dunia Internet, peralatan komunikasi digital dan telefon mudah alih pintar.

"Lebih membanggakan Malaysia Book of Records (MBOR) turut mengiktirafkan 1Malaysia TV sebagai saluran media baru pertama yang berkonsep 1Malaysia. Ia bertepatan dengan cita rasa golongan muda yang mahukan maklumat terkini dengan lebih pantas selain mampu meletakkan negara pada kedudukan dalam kalangan yang terbaik. Ini kerana, penyebaran maklumat menerusi media baru ini mampu menjamin kebolehan media tempatan menyebarkan pengisian maklumat ke dunia yang lebih luas tanpa sempadan. Dunia media baru mampu mencapai sasaran terutamanya bagi golongan muda yang amat bergantung kepada Internet dan peralatan telekomunikasi mudah alih pintar dalam kehidupan seharian mereka," katanya pada majlis Pelancaran 1Malaysia TV di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Datuk Maglin Dennis D’cruz serta pengarah filem Ahmad Idham. Pada majlis berkenaan, Rosmah mendapat kejutan berupa sebuah kek sempena hari kelahirannya ke-60. Tambah Md. Afendi, perkembangan pantas teknologi baharu yang telah mengubah cara hidup dan berfikir generasi masa kini kepada kehidupan yang serba canggih turut selari dengan pendekatan kerajaan selama ini.

"Justeru, bagi menyahut usaha-usaha kerajaan ini, kita wujudkan kesinambungan di antara segenap lapisan generasi yang berbeza agar masyarakat bergerak pada aliran masa yang sama dan tidak ketinggalan," ujarnya. Aplikasi 1Malaysia TV juga boleh dimuat turun melalui iTunes App Store bagi iPhone, Blackberry App World (Blackberry) dan Android Market (Android) secara percuma selama tiga hari iaitu bermula hari ini dan akan mengenakan bayaran RM3 selepas itu. - Utusan

Ahad, 18 Disember 2011


KOTA BHARU : "Semua yang berlaku sudah suratan takdir dan isteri sekadar menjadi penyebabnya," kata Mahyuddin Abdullah, 47, yang menjadi mangsa simbahan cuka getah oleh isterinya dalam kejadian di Kampung Kok Lanas, di sini, Ogos lalu.

Akibat kejadian itu, Mahyuddin yang sebelum ini berniaga murtabak di pasar malam sekitar Kok Lanas, dekat sini, menanggung azab apabila muka dan separuh badannya melecur, manakala mata kanannya pula buta. Difahamkan, sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan II (HRPZ II), sudah tiga pembedahan dilakukan termasuk pembedahan pemindahan kulit dan telinga, sebelum disusuli pembedahan mata kanan oleh pakar di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Mahyuddin berkata, kehidupannya berubah selepas kejadian berkenaan kerana selain cacat, pergerakannya terbatas sehingga terpaksa mendapatkan bantuan keluarga dalam menguruskan dirinya. "Saya tidak pernah menyimpan dendam terhadap isteri walaupun terseksa menanggung derita akibat perbuatannya. Sebagai suami, saya tidak berhak membalas perbuatannya dan biarlah Tuhan mengadilinya.

"Saya juga perlu muhasabah diri untuk menjadi insan lebih baik. Dalam keadaan sekarang, hanya keluarga menjadi punca kekuatan saya untuk meneruskan hidup," katanya ketika ditemui di rumah ibunya di Kampung Sireh Bawah Lembah, dekat sini. Ditanya mengenai hubungan dengan isterinya, sehingga hari ini, Mahyuddin mengakui mereka masih suami isteri tetapi tidak pasti apa akan berlaku pada masa akan datang.

"Selepas kejadian itu, kami tidak pernah berjumpa dan saya hanya berkesempatan bertemu seorang anak perempuan berusia 15 tahun," katanya yang mengakui dirinya tidak membuat sebarang laporan polis atas tindakan isterinya. Menurut anak sulung daripada enam beradik itu, dia tidak mahu mengingati sejarah hitam berkenaan dan biarlah ia disimpan sebagai kenangan berharga.

Katanya, kesan cuka getah yang disimbah oleh isterinya menyebabkan dia menderita kerana bahan berkenaan membuatkan tubuhnya panas, selain melecur dan meninggalkan kesan terbakar. "Masih saya ingat, ketika pertama kali cuka getah dicurah ke kepala, ia terasa sejuk. Bagaimanapun, mata mula pedih ketika ia meleleh ke muka dan badan, menyebabkan saya bergegas ke bilik air. Dalam tempoh beberapa minit, seluruh tubuh saya menjadi terlampau panas dan azabnya sukar digambarkan dengan perkataan," katanya.

Mahyuddin berkata, kejadian berkenaan berlaku di dapur rumahnya ketika sibuk membuat persiapan untuk berniaga murtabak di bazar Ramadan. Dia kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Kok Lanas oleh biras serta seorang kenalannya sebelum dikejarkan ke HRPZ II untuk mendapatkan rawatan kecemasan. "Keadaan saya tidak begitu teruk ketika itu dan boleh makan sendiri pada hari pertama dan kedua dirawat, namun pada hari ketiga kesan simbahan cuka getah menjadi teruk kerana muka saya terbakar dan ia memamah kulit saya secara perlahan-lahan. Setakat ini empat kali saya menjalani rawatan, termasuk tiga daripadanya pembedahan di HRPZ II membabitkan dua pembedahan plastik serta pembedahan telinga kanan akibat bernanah," katanya.

Menurutnya, susulan tiga pembedahan itu, dia kemudian dibawa mendapatkan rawatan daripada pakar mata di HUSM Kubang Kerian dan menjalani pembedahan keempat di hospital berkenaan. "Disebabkan pihak HRPZ II tidak cukup kepakaran, kes mata saya dirujuk ke HUSM, Kubang Kerian. Walaupun mata kanan buta, tetapi Alhamdulillah, pandangan mata kiri saya masih nampak antara 30 hingga 40 peratus. Saya dinasihatkan supaya meletakkan ubat titis di mata kanan sekerap mungkin untuk mengelak dijangkiti kuman. Mungkin saya akan menjalani beberapa lagi pembedahan selepas ini, termasuk di bahagian mata," katanya.

Mahyuddin berkata, bagi memastikan kulit kedua-dua paha yang ditampal pada bahagian depan, belakang badan dan lengan tidak membengkak, dia terpaksa memakai baju khas yang dibekalkan hospital. "Baju itu sangat penting untuk mangsa cuka getah seperti saya, terutama bagi mengelak kulit membengkak, manakala topeng khas yang digunakan untuk melindungi muka juga dibuat pihak hospital dan menunggu masa untuk disiapkan," katanya. Pada 29 Ogos lalu, Harian Metro melaporkan, seorang peniaga murtabak disimbah sejenis cecair dipercayai cuka getah oleh isterinya selepas mereka bertengkar. Kejadian pada jam 9.30 pagi itu berlaku ketika Mahyuddin menguli tepung di rumahnya. - Metro Ahad



CHEN LONG terus menjadi batu penghalang pemain nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei untuk memburu gelaran keempat Pusingan Akhir Siri Super Dunia, apabila kandas kepada pemain China itu di saingan separuh akhir semalam. Begitupun Chong Wei tidak memberi laluan mudah apabila bertarung dalam tiga set sebelum hampa dikecewakan pemain nombor tiga dunia itu, 16-21, 21-16, 18-21 dalam aksi berlangsung selama 1 jam 19 minit di Liuzhou, China.

Kekalahan itu sekali lagi memadamkan harapan peminat badminton tempatan untuk menyaksikan pertarungan epik di antara Chong Wei-Lin Dan pada saingan penutup tirai Siri Super Dunia tahun ini. Set pertama menjadi milik Chen Long meskipun Chong Wei memberi tentangan hebat sebelum pemain China itu menguasai babak akhir set itu dengan 21-16.

Chong Wei segera bangkit pada babak kedua apabila menang 21-16 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan tetapi dominasi pemain muda China itu lebih ketara pada set ketiga meskipun pada satu ketika, kedua-duanya terikat 18-18 sebelum Chen Long menoktahkan kemenangan, 21-18. Hakikatnya ini bukan kali pertama Chen Long menjadi 'ranjau baru' dalam perjuangan Chong Wei apabila tewas kepada pemain itu pada Terbuka Jepun dan Terbuka Denmark, September lalu sebelum menewaskannya di separuh akhir Terbuka Perancis, bulan lalu.

Statistik itu wajar ditangani segera agar impian menyaksikan Chong Wei merangkul pingat pertama Olimpik tahun depan tidak berakhir begitu awal. - Metro Ahad

Sabtu, 17 Disember 2011



Anda dah tonton MLM Minggu ke 8? Kalau belum jom layan sama-sama :)






Filem komedi seram tempatan terbaru yang bakal ditayangkan di pawagam pada 22 Disember ini, Suatu Malam Kubur Berasap terbitan Outloud Studio Sdn. Bhd. dijangka mendapat sambutan hangat daripada peminat filem.

Filem itu menampilkan beberapa peserta progran Raja Lawak iaitu Azrul, Along, Angah, Ismawira dan Faiz selain Zach Diamond, Ruminah Sidek, Accapan, Allahyarham Zami Ismail dan pelakon baru , Nurul Ain Nordin. Filem itu juga buat pertama kalinya menampilkan gabungan lakonan Along, Angah dan Azrul Raja Lawak di layar perak selain merupakan filem terakhir lakonan pelakon komedi tanah air, Allahyarham Zami Ismail.

Suatu Malam Kubur Berasap mengisahkan tiga sahabat yang tinggal di sebuah kampung iaitu Atan, Bun dan Pet diusik oleh hantu seorang perempuan dikenali sebagai Cempaka. Namun disebalik kekacauan itu, Cempaka sebenarnya ingin meminta pertolongan ketiga-tiga sahabat itu bagi membongkar punca kematiannya - Kosmo



SINOPIS SUATU MALAM KUBUR BERASAP

Bertempat di ‘Kampung Angan Tak Sudah’, filem ‘Suatu Malam Kubur Berasap’ ini mengisahkan cerita tentang tiga sahabat kampung iaitu Atan, Bun, Pet dan seorang sahabat dari bandar yang baru dikenali iaitu Mie. Atan (Angah Raja Lawak) seorang yang lurus bendul, rajin, ringan tulang dan bekerja sebagai penggali kubur. Bun (Along Raja Lawak) seorang kutu rayau yang gemar merempit dengan motor kapcainya. Hampir setiap malam beliau akan mengacau gadis-gadis kilang yang baru pulang dari bekerja. Pet (Azrul Raja Lawak) merupakan pemandu lori ayam yang sering bekerja lewat malam. Beliau mempunyai suara yang sengau, suka berlagak dan bercakap besar terutamanya melibatkan perkara mistik dan hantu. Ketiga-tiga mereka sering diganggu oleh Jerdil dan Tocai, Geng Beduk, samseng kampung.

Mie (Zac Diamond) seorang lelaki yang kacak dan segak dari Kuala Lumpur, mula rapat dengan ketiga-tiga sahabat ini selepas kereta beliau rosak di kampung. Beliau mempunyai tunang bernama Lola. Sejak kedatangan Mie, pelbagai peristiwa pelik dan menakutkan berlaku. Mereka juga berkenalan dengan seorang gadis bernama Siti yang menjemput mereka ke kenduri rumahnya. Atan tertarik dengan keayuan Siti dan mula mahu mengenalinya. Mereka berempat ini juga sering diganggu oleh Hantu Cempaka.



TRAILER SUATU MALAM KUBUR BERASAP







SOLO Indonesia - Kejayaan Malaysia meraih enam pingat emas, lima perak dan tiga gangsa pada hari pertama temasya Sukan Para ASEAN 2011 edisi keenam membuktikan kesungguhan atlet Orang Kelainan Upaya (OKU) untuk mengharumkan nama negara di rantau ini.

Dengan jumlah kutipan pingat itu, Malaysia kini menduduki tempat keempat dalam carta keseluruhan dengan 14 pingat. Thailand berada di tempat pertama dengan kutipan keseluruhan 40 pingat iaitu 19 emas, 14 perak dan 7 gangsa, mengatasi tuan rumah Indonesia yang mengumpul 15 emas, 7 perak dan 15 gangsa dengan kutipan keseluruhan 37 pingat.

Vietnam berada di depan Malaysia dengan kutipan 6 emas, 13 perak dan 8 gangsa dengan kutipan keseluruhan 27 pingat. Pingat emas pertama Malaysia semalam disumbangkan oleh Hemala Devi Enikutty dalam acara merejam lembing Kategori F12, Azlan Yusof (lempar cakera) dan Nursuhana Ramlan menerusi acara merejam lembing kategori F20 wanita (gangguan pembelajaran).

Friden Dawan pula melakukannya dalam acara renang 400m gaya bebas kategori S10 (cacat anggota kaki), Razak Tambi menerusi acara 50m kuak lentang lelaki kategori SB9 (kecacatan kaki) dan Choo Kam Chan dari acara tenpin boling lelaki kategori TB2 (buta). - HarianMetro

Khamis, 15 Disember 2011


Perlawanan Persahabatan Harimau Muda vs Central Coast Mariners
Keputusan Penuh : Malaysia 0 - 1 Central Coast Mariners





KUALA LUMPUR : Hujan lebat di ibu negara selama dua jam bermula jam 5 petang, semalam menyebabkan beberapa kawasan terutama di Jalan Chan Sow Lin, Jalan Brunei dan Jalan Brunei Utara, dekat Pudu dilanda banjir kilat separas 0.5 meter. Banjir kilat dan cuaca buruk itu turut mengakibatkan kesesakan lalu lintas di ibu negara lebih dua jam.

Tinjauan Harian Metro di jalan itu mendapati peniaga bertungkus-lumus mengalihkan barangan ke tempat lebih tinggi selepas air memasuki kedai. Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) ketika dihubungi berkata, banjir kilat berkenaan memberi kesan kepada aliran trafik di jalan terbabit yang bermula jam 5.15 petang. Katanya, jalan lain turut terjejas termasuk Jalan Sultan Ismail menghala Jalan Tuanku Abdul Rahman, bulatan Segambut menghala Jalan Ipoh, Jalan Genting Klang dan Jalan Kuching menghala Selayang.

"Turut terjejas aliran trafik di Jalan Kinabalu menghala Jalan Loke Yew dan bulatan Cheras, Jalan Maharajalela menghala Jalan Sultan Ismail, Jalan Kuching dan Jalan Tun Razak menghala bulatan Pahang," katanya. - Harian Metro




KUALA LUMPUR : "Hampir setahun saya mengabaikan tanggungjawab kepada suami dan lebih teruk saya turut mengabaikan tanggungjawab kepada anak yang ketika itu berusia setahun kerana lupa semua itu. Dalam ingatan hanya terbayang bekas teman lelaki dan jika boleh, saya ingin bersamanya setiap masa walaupun ketika itu sudah mendirikan rumah tangga," kata wanita yang ingin dikenali sebagai Rina, 31, mendakwa menjadi mangsa 'dukun asmara' mengakibatkan nafsunya hanya terdorong apabila melihat bekas teman lelakinya.

Menurutnya, dalam tempoh itu, dia langsung tidak 'berminat' apabila melihat suami, sebaliknya perasaan itu bertukar setiap kali melihat wajah bekas teman lelaki dan tambah teruk ketika menerima SMS daripada lelaki itu juga turut membuatkannya ghairah. Katanya, dia tidak menyangka lelaki itu menggunakan 'cara halus' sedangkan mereka berpisah secara baik tanpa perselisihan faham dan dulu lelaki itu beranggapan perpisahan mereka ketentuan tanpa menaruh dendam. Rina berkata, dakwaannya terhadap lelaki terbabit dirasakan berasas selepas menjumpai botol kecil dibungkus kain kuning mengandungi rambutnya di dalam kereta bekas teman lelakinya ketika mereka keluar makan malam. - Harian Metro



Sebagai satu-satunya sebuah institusi kewangan seumpanya, kami sentiasa mencari individu-individu yang luar biasa untuk membantu kami membina dan membentuk organisasi kami. Individu yang mempunyai latar belakang pendidikan yang kukuh, keupayaan yang cemerlang, integriti yang tinggi dan pemain pasukan yang kuat, bersemangat, dan dahagakan cabaran adalah dialu-alukan untuk menyertai pasukan dinamik kami. Di Danajamin, anda akan diberi peluang yang jarang berlaku untuk membangunkan kemahiran anda dalam kepelbagaian persekitaran yang unik, yang akan membolehkan anda untuk meneroka keupayaan anda.

Kami sedang mengembangkan pasukan profesional kami dan berikut adalah jawatan kosong yang ada sekarang:
  1. Kerani - Kesetiausahaan
  2. Pengurus - Risiko Kredit
  3. Pengurus Kanan - Pelaburan Unit
Calon-calon yang berminat adalah dipelawa untuk mengemukakan resume terperinci, menyatakan gaji semasa dan yang dijangka, dalam format MS Word (bersama-sama dengan gambar), melalui e-mel kepada hr@danajamin.com. Sila nyatakan jawatan yang dipohon dalam ruangan subjek e-mel anda.

Tarikh Tutup Permohonan :
11 Januari 2012



Sebagai pembekal teknologi maklumat dan komunikasi No.1 Malaysia, kekuatan kami bukan sahaja terletak pada produk dan perkhidmatan kami, tetapi juga dalam pelbagai aspek industri termasuk penyelidikan dan pembangunan serta nilai tambah inovasi. Kami percaya perhubungan membuatkan segala-galanya mungkin. Oleh itu, sebagai pembekal yang terkemuka di Malaysia dalam teknologi komunikasi maklumat, kami berusaha untuk menyediakan perhubungan yang betul untuk membantu anda membawa orang-orang yang dekat dengan anda lebih dekat lagi. Kami beroperasi dengan hasrat untuk mencapai kegemilangan diperingakat tempatan dan juga antarabangsa. Kami melaksana dan mengukuhkan kecemerlangan wawasan  yang diwujudkan ke arah menjadikan hidup anda lebih baik.

Kerjaya Bersama TM :
  1. AGM Corporate Compliance Management Assistant General Manager 
  2. AGM Insurance Management
  3. Mgr External Compliance
  4. Senior Technical Officer, Project Management & Provisioning 
  5. Senior Technical Officer, Operation Centre 
  6. Engineer, System Application & Support 
  7. Meeter Greeter
  8. Kiosk Angel
Tarikh Tutup Permohonan :
31 Disember 2011

Maklumat Lanjut dan Permohonan :


Selasa, 13 Disember 2011


KUALA PILAH : "Sebaik terjun dan menyelam ke dasar kolam, saya melihat seorang wanita terkulai di tempat duduk penumpang belakang dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan badan terbelit tali pinggang keledar," kata seorang saksi kemalangan maut di Kilometer 24, Jalan Seremban-Kuala Pilah di Kampung Gedang, di sini, semalam.

Saksi berkenaan, Mikail Malik, 15, berkata dia dan rakannya, Mohd Izzat Mohd Nizar, 16, yang berada di tempat kejadian terjun ke dalam kolam memancing itu bagi menyelamatkan mangsa sejurus kemalangan.

"Ketika kejadian, saya bersama Izzat dalam perjalanan ke Ampangan, Seremban, sebelum ternampak sebuah kereta menjunam laju ke dalam kolam berkenaan. Saya cuba membantu mengeluarkan mangsa, namun gagal kerana badan wanita itu tersekat pada tali pinggang keledar," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa, Suzimah Shuhaimi, 28, dari Batu Caves, Selangor, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat lemas selepas badannya terbelit tali pinggang keledar. Kemalangan dipercayai berlaku selepas mangsa yang dalam perjalanan dari Kuala Pilah menghala Seremban cuba memotong treler di depannya, namun gagal selepas tiba-tiba sebuah bas henti-henti berada di laluan bertentangan.

Suzimah cuba masuk semula ke laluannya, namun kenderaannya bergesel dengan treler yang cuba dipotong menyebabkan keretanya terbalik beberapa kali sebelum terjunam dalam kolam berkenaan yang terletak di kiri jalan. Menurut Mikail, dia meminta bantuan pemandu lori yang melalui kawasan itu untuk menarik kereta berkenaan, namun gagal kerana kereta itu terbenam dalam lumpur.

"Saya terkilan kerana lambat terjun dalam kolam itu untuk menyelamatkannya, jika tidak mungkin wanita itu masih hidup," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Jaafar Baba berkata, wanita terbabit yang memandu berseorangan dari Kuala Pilah ke Seremban, di sini, dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Selangor berdasarkan penemuan dua beg pakaian dalam kereta itu.

Katanya, setiba di tempat kejadian berhampiran sebuah kolam, kereta mangsa cuba memotong treler yang membawa batu, namun gagal kerana ketika itu, sebuah bas henti-henti datang dari arah bertentangan.

"Mangsa cuba memasuki laluannya semula, namun bergesel dengan bahagian depan kanan treler berkenaan menyebabkan mangsa hilang kawalan sebelum keretanya terjunam dalam kolam. Keadaan kolam yang dalam menyebabkan orang ramai tidak dapat membantu membawa keluar mangsa dipercayai lemas," katanya.

Menurutnya, mangsa dipercayai mati akibat lemas selepas gagal keluar dipercayai kerana badannya terbelit tali pinggang keledar tempat duduk belakang. "Mayat mangsa berjaya dikeluarkan dengan bantuan sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah," katanya. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Pilah dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Harian Metro


KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong ke-13 Tuanku Mizan Zainal Abidin berangkat pulang ke Terengganu semalam, meninggalkan tempoh lima tahun pemerintahan negara yang gilang-gemilang dan keprihatinan yang tinggi terhadap kesejahteraan negara dan rakyat.

Sepanjang lima tahun pemerintahan Seri Paduka, pelbagai pencapaian yang membanggakan dicatatkan melalui lawatan negara dan acara sukan yang bertaraf antarabangsa. Seri Paduka telah mengadakan lawatan negara ke Indonesia, Korea Selatan, Qatar, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada, Arab Saudi, Chile, Uruguay, Vietnam, Thailand, Kuwait, China, Laos, Kemboja dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Terakhir Seri Paduka berangkat ke Benua Antartika, yang mencatat sejarah tersendiri kunjungan seorang raja ke benua paling sejuk itu. Pelbagai lawatan negara itu telah memperkukuh dan mempereratkan lagi hubungan dua hala yang sedia terjalin bukan saja dari segi sosial, ekonomi dan politik, tetapi juga kebudayaan.

Seri Paduka juga berkenan menerima kunjungan hormat pelbagai pemimpin dunia. Keprihatinan Tuanku Mizan menyaksikan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong ke-13 itu menangani beberapa isu, termasuk demonstrasi jalanan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang mendesak campur tangan Seri Paduka dalam isu pilihan raya.

Serentak ancaman demonstrasi besar-besaran itu, Seri Paduka bertitah supaya dalam keghairahan segelintir rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi, hendaklah dipastikan bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Seri Paduka turut bertitah, tidak mahu melihat masyarakat majmuk negara ini yang hidup aman damai sejak sekian lama, tiba-tiba berada dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan sekali pun. Atas kedudukan Seri Paduka sebagai Ketua Agama pula, Tuanku Mizan sentiasa memberi perhatian berat atas perkembangan Islam dan menyeru ke arah perpaduan dan penyatuan ummah.

Diputerakan pada 22 Januari 1962, di Kuala Terengganu, Tuanku Mizan mendirikan rumahtangga dengan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah dan dikurniakan empat cahaya mata, iaitu Tengku Nadhirah Zahrah, Tengku Muhammad Ismail, Tengku Muhammad Mua’az dan Tengku Fatimatuz Zahra.

Tuanku Mizan dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 oleh Raja-Raja Melayu pada mesyuarat khas Majlis Raja-Raja ke-208 di Istana Negara pada 3 November 2006. Pemilihan baginda adalah bagi menggantikan Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail yang tamat tempoh lima tahun baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-12 pada 12 Disember 2006.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong dipilih daripada kalangan raja-raja Melayu untuk tempoh lima tahun. Sistem ini merupakan satu-satunya sistem seumpama itu yang diamalkan di dunia. Tuanku Mizan juga dekat di hati rakyat bukan saja melalui acara kenegaraan, tetapi juga sikap terpuji Seri Paduka yang sering mendekati rakyat termasuk menunaikan solat Jumaat di banyak masjid, terutama sekitar ibu negara yang membolehkan rakyat beramah mesra dengan Seri Paduka.

Dalam acara sukan, Tuanku Mizan amat menggemari sukan berkuda dan pernah menyertai beberapa siri Kejohanan Kuda Lasak bertaraf antarabangsa dan juga mengemari sukan golf, tenis, menyelam ‘scuba’ dan bola sepak. Baginda juga pernah ke Munich, Jerman bagi menjalani pembedahan lutut di Pusat Perubatan Klinikum Rechts Der Isar. Tuanku Mizan yang juga Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang pertama, dimasyhurkan sebagai Sultan Terengganu ke-16 pada 15 Mei 1998 selepas kemangkatan ayahanda baginda, Sultan Mahmud.

Tuanku Mizan yang dikenali sebagai seorang Raja Berjiwa Rakyat bukan saja untuk negeri kelahiran Seri Paduka, tetapi juga untuk seluruh rakyat Malaysia, pada 13 Disember ini menamatkan tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13. Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, yang menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong, kini menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14. Menjunjung kasih, Tuanku. - Bernama

Isnin, 12 Disember 2011


Angry Birds Seasons - Pada Oktober 2010, Rovio mengeluarkan edisi khas Angry Birds sempena perayaan Halloween. Angry Birds Halloween yang eksklusif kepada Apple iOS ketika itu dan berasingan daripada permainan utama, terdiri daripada tahap-tahap baru dengan muzik dan grafik bertema Halloween. Pada Disember 2010, Rovio mengeluarkan Angry Birds Seasons kepada peranti iOS, Android dan Symbian^3.

Seasons memperkenalkan 25 tahap bertema Krismas, satu untuk setiap hari menjelang perayaan itu, serupa dengan takwim Kedatangan. Kesemua versi merangkumi tahap-tahap Halloween yang sebelum ini eksklusif kepada Halloween dan ditawarkan sebagai aplikasi berbayar yang berasingan kecuali, versi Android yang percuma dan beriklan; Pemain Angry Birds Halloween di iOS menerima tahap-tahap Seasons sebagai naik taraf percuma. Versi Halloween pula diberi tajuk episod "Trick or Treat", sementara episod Krismas dijudulkan "Season's Greedings".




Pada Februari 2011, Rovio mengeluarkan kemas kini Hari Valentine kepada Angry Birds Seasons, bertajuk "Hogs and Kisses", lengkap dengan tahap-tahap dan grafik bertema baru, di samping ciri khas untuk mengirim mesej Hari Valentine yang bertema Angry Birds melalui Facebook. Pada Mac 2011, Rovio mengeluarkan kemas kini Hari St. Patrick yang bertajuk "Go Green, Get Lucky", diikuti oleh kemas kini Easter ("Easter Eggs") pada April 2011, "Summer Pignic" sempena musim panas pada Jun 2011, dan "Moon Festival" sempena Perayaan Kuih Bulan Cina pada September 2011.

Pada Oktober 2011, Angry Birds Seasons edisi 2012 dimulakan dengan "Ham'O'Ween" dikeluarkan dan memperkenalkan seekor burung baru yang boleh menggelembung. Pada Disember 2011, episod "Wreck the Halls" keluar sempena musim Krismas.


Keperluan Sistem :
  1. Windows XP , Vista , Windows 7
  2. RAM 512MB
  3. CPU 1 GHz
  4. Serasi Graphic OpenGL 1.3 
Download :
KLIK SINI [ Tunggu 5 saat dan Skip Ads ]




KUALA LUMPUR 12 Dis 2011 - Sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan di negara ini bakal melakarkan sejarah tersendiri apabila Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, 84, bakal ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong baharu buat kali kedua berkuat kuasa esok.

Baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 bagi menggantikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat pemerintahannya sebagai Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Tuanku Abdul Halim pernah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelima buat kali pertama dari tahun 1970 hingga 1975. Baginda diputerakan pada 28 November 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar dan merupakan Sultan Kedah ke-27.

Majlis Istiadat Melafaz dan Menandatangani Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-14 akan diadakan di Istana Negara, Jalan Duta bermula jam 10.30 pagi.

Tuanku Mizan memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-13 bermula 13 Disember 2006 selepas menggantikan Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang merupakan Raja Perlis - Kosmo




KUALA LUMPUR 12 Dis 2011 – Keberangkatan pulang Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah pada akhir tempoh perkhidmatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 pagi ini, berlangsung dengan penuh istiadat diraja.

Tuanku Mizan yang ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 pada 26 April 2007 untuk tempoh lima tahun, berangkat meninggalkan Istana Negara pada pukul 11 pagi.

Keberangkatan baginda berdua diiringi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek selaku menteri pengiring dan isterinya, Datin Seri Che Sharifah Ismail.

Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah sebelum itu berkenan meluangkan masa bersalaman dengan kesemua 500 petugas Istana Negara, sebelum berangkat ke Dataran Parlimen bagi upacara rasmi keberangkatan pulang baginda berdua ke Terengganu.

Tuanku Mizan yang berpakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong yang dikenali sebagai ”muskat” turut menerima mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Baginda berdua berangkat meninggalkan Istana Negara dengan menaiki kenderaan rasmi Yang di-Pertuan Agong diiringi seramai tujuh pengiring bermotosikal serta 12 pengiring am diraja daripada Kor Armour Diraja. – Bernama


Sabtu, 10 Disember 2011

Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500 (BR1M) kini boleh diperoleh daripada kaunter-kaunter LHDN, Pejabat Daerah, Pejabat Penerangan, Pejabat Penghulu dan JKM berdekatan anda. Urusan pembayaran bagi yang layak akan dibuat melalui Pejabat Pos dan Bank Simpanan Nasional. Satu talian hotline bagi menjawab persoalan dan memberi penjelasan mengenai pelaksanaan BR1M yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 7 Oktober 2011 yang lalu telah disediakan seperti berikut :

Talian hotline : 1-800-222-500 (Bebas Tol)
Waktu operasi : 9.00 pagi hingga 5.00 petang (hari bekerja)
Emel : belanjawan2012@treasury.gov.my


MEKANISMA BORANG BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA





DOWNLOAD BORANG BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA
Anda boleh muat turun Borang BR1M ini daripada portal Kementerian Kewangan : http://www.treasury.gov.my/ atau boleh cuba DI SINI (Tunggu 5 saat dan Skip Ads)


PETIKAN AKHBAR

KUALA LUMPUR 9 Dis. – Kementerian Kewangan hari ini menjelaskan pendapatan kasar isi rumah bagi permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah merujuk kepada pendapatan suami, isteri dan tanggungan yang masih bujang dan bekerja yang tinggal serumah.

Kementerian itu sebelum ini turut menjelaskan bahawa isi rumah yang layak memohon pemberian BR1M RM500 merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada anggota keluarga yang tinggal serumah, dan mempunyai pendapatan kasar isi rumah RM3,000 dan ke bawah.

Bagi membuat permohonan, katanya, ketua isi rumah perlu membawa borang permohonan BR1M, salinan kad pengenalan pemohon dan slip gaji terkini (jika berkenaan).

Bagi tanggungan, mereka perlu menyertakan salinan kad pengenalan sama ada suami, isteri dan anak, katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kesemua dokumen di atas, perlu dikepilkan bersama borang permohonan bagi mempercepatkan proses dan mengelakkan sebarang kesulitan, katanya.

Borang permohonan BR1M boleh didapati secara percuma di semua Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Penerangan, Jabatan Pembangunan Persekutuan, agensi-agensi Kerajaan serta Lobi Utama Kementerian Kewangan, Putrajaya dan sekolah-sekolah terpilih mulai esok bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh layari www.treasury.gov.my atau hubungi talian 1-800-222-500 (Hari bekerja jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang). – Bernama

Khamis, 8 Disember 2011


SINOPSIS AKU BUKAN TOMBOY

Filem Aku Bukan Tomboy mengisahkan tentang si gadis Tomboy yang dibesarkan oleh bapanya selepas kehilangan ibunya sejak kecil. Di sebalik hati seorang gadis tomboy ini dia turut menyimpan hati kepada seorang lelaki, sama seperti perempuan normal yang lain. Akhirnya, tanpa disedari dia berada dalam percitaan tiga segi di antara 2 jejaka iaitu Harry dan Burn.

Kehadiran Farisa atau Eisha dalam hidup Harry dan Burn benar-benar mengubah pendirian dua jejaka terhadap gadis yang berpewatakan lelaki. Kali pertama melihat Farisa di sebalik topeng lelaki, mereka mula jatuh hati dengan gadis itu. Bermula dari zaman persekolahan yang penuh dengan dugaan kerana sering diganggu oleh beberapa orang pelajar ‘pengkid’ antaranya Bell dan Sam.

Tekanan disekolah yang dialami Farisa mendorongnya untuk menngubah dirinya sebagai seorang yang berpesonaliti agresif dan kasar. Di sebalik penampilan bagai seorang lelaki, Farisa masih mempunyai naluri seorang gadis sejati. Perwatakan sebegini berterusan hingga ke alam pekerjaan sebagai penghantar pizza. Plot cerita bermula apabila Farisa dikejutkan dengan kemunculan dua jejaka, Harry dan Burn yang berhasrat menjalinkan hubungan istimewa dengannya. Satu dilema yang menuntut pertimbangan yang penuh cabaran.

Harry, seorang salesman jalanan yang terlebih dahulu menjalinkan hubungan mesra dengan Farisa merasa tergugat apabila Burn muncul sebagai rival yang mencetuskan perebutan. Dalam masa yang sama Farisa berdepan dengan konflik perbezaan darjat dan kedudukan Burn sebagai Eksekutif Junior di syarikat bapanya yang menyukarkan hubungan mereka. Di samping itu, Farisa secara kebetulan bertemu semula dengan Bell dan Sam (pengkid) yang turut berebut untuk menjadikannya sebagai pasangan mereka. Konflik cinta tiga segi yang berbeza senario telah mewarnai catatan kehidupan Farisa, si gadis tomboy.


DOWNLOAD Bahagian 1 | Bahagian 2





Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam sudah dikeluarkan dan boleh dimuat turun dari laman sesawang JPA atau klik [DISINI]. Gaji kakitangan awam dijangka naik 7 - 13 peratus. Kenaikan bagi kakitangan kerajaan itu dibuat berdasarkan empat prinsip iaitu hierarki, bakat dan pengalaman, jawatan dan bidang kepakaran serta prestasi.




LANGKAWI 7 Disember 2011 – Kira-kira 15,000 pengunjung perdagangan berkunjung ke Pusat Pameran Antarabangsa Langkawai (MIEC) pada hari pertama Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMA’11) semalam yang sekali gus memecah rekod kunjungan pada hari pertama LIMA sebelum ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kelihatan gembira dengan keadaan ini, semasa beliau bercakap kepada pemberita di MIEC iaitu venue pameran segmen udara, hari ini.

"Ini merupakan rekod baru buat LIMA sejak pertama kali diadakan pada 1991. Pameran sebelum ini mencatat antara 8,500 hingga 9,000 pengunjung pada hari pertama," katanya.

"Harus diingat, pameran ini masih belum dibuka kepada orang wamai," katanya dan mengucapkan terima kasih kepada media kerana turut mengetengahkan LIMA. ~ Bernama


PERTUNJUKAN UDARA






Rabu, 7 Disember 2011


KUALA LUMPUR, 6 DIS 2011: Hotlink mengumumkan kerjasama mereka bersama Yuna dalam merealisasikan konsert maya pertama bersama penyanyi wanita popular itu. Konsert yang dinamakan Hotlink's People Power Concert, hanya memerlukan penonton membuat tempahan di laman www.nowyoucan.my dan hanya terbuka kepada 10,000 pendaftar pertama.

Konsert yang akan berlangsung pada 14 Disember ini, membolehkan penonton menyaksikannya secara langsung khas melalui streaming di laman web berkenaan bermula jam 8 malam pada hari berkenaan. Penonton yang telah membuat tempahan boleh mendaftar masuk bermula dari jam 7 petang sehingga 7.59 petang untuk menonton secara eksklusif konsert berkenaan.

Ketua Bahagian Produk, Peralatan, Inovasi dan Perantauan Maxis, T. Kugan berkata pihaknya begitu teruja untuk menganjurkan konsert berkenaan yang nyata sesuai dengan tagline syarikat prabayar berkenaan, 'Now You Can'. "Yuna dengan sukacitanya memberitahu bahawa dia telah bersetuju untuk bekerjasama dalam projek ini dalam mempersembahkan sebuah konsert yang boleh ditonton eksklusif secara online. Konsert ini adalah khas buat peminat-peminatnya yang secara tak langsung juga merupakan pelanggan utama Hotlink .

"Kami juga berharap projek ini dapat diperluaskan lagi bukan sahaja untuk pelanggan Hotlink tapi turut meliputi pelanggan Maxis. Istimewa untuk pelanggan-pelanggan yang telah mendaftar ini, Yuna akan mendendangkan lagu-lagu terbaru yang masih belum dipasarkan kepada umum" ujar Kugan berkenaan projek usaha sama berkenaan. Sementara itu menurut Yuna pula, ini adalah peluang keemasan untuk mendekatkan diri dengan komuniti online di mana mereka adalah kelompok pertama mengenali Yuna sebelum dia bergiat lebih serius dalam bidang mainstream.

"Saya teruja kerana diberi peluang sebegini oleh pihak Hotlink. Adalah sesuatu yang unik di mana saya akan membuat konsert secara langsung tapi penonton tiada di depan mata sebaliknya mereka melihat menerusi kamera online. "Terdapat banyak perkara menarik yang akan didedahkan kepada penonton semasa konsert nanti dan perkara itu hanya akan diketahui oleh mereka sendiri yang menontonnya", jelas Yuna.

Melalui konsert yang akan diadakan pada 14 Disember itu, penonton online berpeluang memberi tajuk kepada single terbaru Yuna dan mungkin juga bakal melibatkan diri dalam video muzik lagu tersebut untuk kempen promosi single berkenaan. ~ Murai.com.my



PROSES PENDAFTARAN YANG CUKUP MUDAH


Daftar di laman sesawang NowYouCan. Anda perlu memasukkan nombor telefon bimbit anda, Hotlink atau Maxis sahaja. Seterusnya anda di bawa ke halaman facebook untuk proses pengesahan aplikasi. Yeahh.. dah siap.



Jadi apa tunggu lagi, daftar sekarang! Siapa cepat dia dapat :)  Hanya terbuka kepada 10,000 pendaftar pertama sahaja!


Cetak Halaman IniCetak Halaman Ini


Selasa, 6 Disember 2011

Sejak mula ditayangkan pada 1 Disember yang lalu, filem ini telah berjaya mengutip RM750, 000 pada hari pertama tayangan! Fuhh kencang.. OMBAK RINDU adalah novel tulisan Fauziah Ashari yang dihasilkan kira-kira 12 tahun lalu. Ia mengangkat kisah cinta romantik mengenai gadis kampung yang terjerat ke lembah hina sehinggalah Izzah muncul untuk menjadi penyelamat masa depannya. Pastinya kemunculan filem Ombak Rindu akan mengubah sedikit lanskap perfileman kita yang sarat dengan cerita seram walaupun diakui genre itu cukup diminati. Namun, kehadiran filem bergenre drama romantik sedikit sebanyak memberi pilihan kepada penonton untuk berubah selera.

Bagi Osman Ali yang juga antara pembaca naskah tulisan Fauziah itu, mengakui tawaran mengangkat karya sarat emosi itu ke medium lebih luas sebagai cabaran besar untuknya menterjemah pengorbanan cinta wanita dari sisi berbeza. Sebagai pengkarya, lamaran Astro Shaw dan Tarantella Pictures Sdn Bhd untuk mengemudi adapatasi daripada novel ke skrin lebar sememangnya satu peluang yang sudah diidam sekian lama.

"Umpama orang mengantuk disorongkan bantal, saya menyahut cabaran Sharad Sharan selaku penerbit untuk menggarap novel yang diikuti ramai peminat. Di dalam novel banyak plot serta ramai watak sampingan namun untuk filem kita menumpukan kepada subjek penting. Kisahnya masih menjurus kepada pergolakan hidup Izzah, kemelut dalam diri Hariz, kin merasai cinta isterinya itu selain tersepit antara permintaan keluarga dan kemahuan diri. Begitupun, kronologi kisah masih tiada perubahan, cuma ia lebih sarat dengan emosi," katanya pada sesi sidang media Ombak Rindu.

Filem yang mengambil lokasi sekitar Kuala Lumpur, Langkawi, Kedah dan Danok (Thailand) itu dibarisi Maya Karin sebagai Izzah, Aaron Aziz (Hariz), Lisa Surihani (Mila), Bront Palarae, Julia Ziegler, Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Normah Damanhuri, Fauzi Nawawi, Nadia Nisa, Mislina Mustafa dan Kamarul Yusof. Akui Osman, antara cabaran sudah pasti 'meMelayukan' aktres berdarah kacukan, Maya Karin yang menunjangi filem ini baik dari segi karektor, penampilan mahu pun lenggok percakapannya malah dalam kisah ini Izzah dizahirkan bertudung selain pandai mengaji.

Pengarah ini menggunakan kepakaran Ellie Suriati sebagai pembimbing barisan pelakon untuk membentuk Maya sebagai Izzah serta 'melarikan' Lisa Surihani dengan karektor gadis agresif dan ia tidak sesukar disangka, malahan menakjubkan apabila masing-masing cukup menyerlah.

"Kami sengaja meletakkan Maya sebagai gadis kampung manakala Lisa menjadi agresif untuk mencari kelainan kerana sebelum ini belum pernah mereka mendapat watak yang sangat kontras. Karektor berlawanan ini antara warna yang menyerlahkan lagi perjalanan Ombak Rindu. Selain watak, keutamaan saya adalah syot cantik namun bagi saya antara momen yang cukup mencabar adalah penggambaran di tengah laut di Langkawi di mana satu kren besar di pasang semata-mata mahu mengambil sudut terbaik babak dalam kapal layar," katanya mengenai filem yang mengambil masa 45 hari untuk disempurnakan itu.

Osman yang mengakui cukup teruja dengan pembikinan Ombak Rindu menyatakan Izzah sebagai simbolik nasib kaum wanita yang sering menjadi mangsa keadaan, ingin dicintai namun perasaan itu kadang-kadang menuntut pengorbanan yang tidak berpenghujung. Sementara itu, Fauziah berkata usaha mengangkat novel itu ke pawagam sebagai penghormatan sekali gus menjadi bonus kepada pembaca yang sudah menantikan karya itu direalisasikan sejak sembilan tahun lalu.

Maya Karin berasakan ditawarkan memegang watak gadis Melayu kampung bertudung yang pandai mengaji sebagai peluang keemasan untuk menepis tanggapan dirinya hanya sesuai melakonkan peranan wanita sofistikated dan urban apatah lagi banyak mainan dalaman perlu ditonjolkan.

"Ombak Rindu adalah novel Melayu pertama yang saya baca kira-kira 10 tahun lalu yang juga pemberian rakan. Terasa air mata menitis apabila mula-mula membacanya. Izzah sangat sabar, menyimpan rasa dan sanggup mengenepikan perasaan sendiri membuatkan saya cukup kagum. Apabila diminta menyelami watak Izzah dalam medium filem, saya mencari semula novel ini untuk membacanya. Biar berapa kali pun muka surat diselak hingga penamat, emosi saya seakan merasai segala yang dilalui Izzah. Jujurnya di alam realiti Izzah mengajar saya supaya lebih bersabar," katanya.

Rakan seperjuangan, Lisa pula cukup berbesar hati menghidupkan watak Mila yang mempunyai sisi hitam dan putih sebagaimana insan lain cuma bezanya gadis ini terasa dikhianati membuatkan dirinya seakan memberontak.

"Secara logiknya manusia tidak terkecuali mempunyai sisi hitam dan putih. Sebagai bakal isteri kepada Hariz, saya perlu seimbangkan supaya tidak terlalu jahat dan tidak terlampau baik apabila di pengakhiran kisah ini ada kemanisan untuk dikongsi," katanya yang tidak sabar menantikan kemunculan filem itu. Kisah tragis menyayat hati itu juga disulami lagu tema yang menyentuh sanubari hasil gubahan Nurzaidi mengambil judul bersempena nama filem yang disampaikan Hafiz bersama Adira. ~ Berita Harian


SINOPSIS OMBAK RINDU

Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela. Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz.

Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz.


TRAILER MOVIE OMBAK RINDU







TONTON MOVIE OMBAK RINDU

Link video youtube dah kena removed. Harap Maklum!




Awan Yang Terpilu - Cover Version

Kerana cinta
Aku kembara
Bagai camar
Melintas laut
Mencari pohon
Untuk berteduh

Kerana cinta
Aku kembara
Ikut lagu
Bisikan hati
Mendamba kasih
Paling setia

Sepasang sayap tak terlihat
Umpama mimpi yang tersimpan
Jadi rintik-rintik hujan
Menciptakan
Awan yang terpilu

Puisi ini
Tercipta lantas
Tak kesampaian
Hajat meronakan
Gelora rindu
Ku kepadamu

Ingin sekali
Aku ungkapi
Isyarat jiwa
Dengan sempurna
Biarkan kau mengerti
Biarkan kau sedari
Keadaanku yang memujamu




Isnin, 5 Disember 2011
 If you love sharing with your friends on the latest happenings, trends and brands that you like and love, then Churp Churp is definitely for you! We are a community that rewards social media influencers like you for sharing messages on the latest updates, campaigns and events! As a member, you can also join the different contests & events that we have from time to time to mingle around with like-minded fellow Churpers! You will get email notifications regarding the latest updates and events from time to time! Awesome, yes? Read more about ChurpChurp
Mungkin ramai yang dah tahu cara nak pasang ChurpChurp kan? Bagi yang belum tahu, TontonTV akan tunjukkan cara bagaimana mendapatkan kod kempen ChurpChurp terutamanya url kempen dan imej kempen. 2 benda ni penting sekiranya anda ingin letakkan mana-mana kempen dari ChurpChurp secara manual di blog anda. Jika belum ada ChurpChurp, daftar dahulu DI SINI. (Boleh login guna Fb atau Twitter).

Setelah login ke ChurpChurp anda bolehlah memilih kempen mana yang ingin dikongsikan dan pilih Share This. Lihat gambar di bawah :


Kemudian anda akan dibawa ke halaman untuk kempen tersebut. Di sini anda bolehlah menyalin url imej dengan klik kanan pada gambar kempen. Copy dan simpan dahulu ke dalam Notepad atau Word. Anda akan mendapat url imej seperti ini - http://cdn.main.churpchurp.com/buzz/img/6441/8362.jpg. Rujuk gambar di bawah :


Seterusnya anda perlu menyalin url atau link kempen anda. Kalau tak ada link ini, macam mana nak kongsi dengan kawan-kawan kan? Baiklah, skroll ke bawah halaman kempen tersebut sehingga bertemu gambar seperti di bawah ini :


Copy link seperti ditunjukkan di atas. Simpan ke dalam Notepad atau Word anda dahulu. Anda akan mendapat Uniform Resource Locator (URL) kempen ChurpChurp seperti ini - http://www.churpchurp.com/khatgrafik/share/UMobileBBK Link inilah yang akan digunakan bersama-sama url imej yang disimpan tadi untuk tujuan promosi.

Ulangi langkah-langkah di atas untuk kempen yang lain.

Ok, sekarang bolehlah anda letakkan kempen-kempen tersebut misalnya di sidebar blog. Ada banyak cara untuk letakkan kempen ChurpChurp ini. Salah satu cara mudah dan pantas adalah menggunakan fungsi auto-publish seperti yang TontonTV terangkan DI SINI. Mungkin lepas ini TontonTV akan tunjukkan cara manual pulak. Jadi apa tunggu lagi, Jom ChurpChurp!





Adik penjaga gawang Harimau Malaya Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Amirul Izzat Che Mat (16 Tahun) meninggal dunia pagi tadi. Allahyarham pulang ke Rahmatullah pada jam 11.30 pagi disebabkan demam panas dan denggi. Pihak TontonTV mengambil kesempatan ini mengucapkan takziah buat seluruh keluarga Allahyarham. Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah, semoga roh Allahyarham dicucuri Rahmat-Nya. Al-Fatihah...


Dengan menggunakan widget ini, anda boleh memasang kempen ChurpChurp dengan mudah di belog anda. Widget ini mengandungi 4 banner ChurpChurp bersaiz (80px X 80px). Kesemua banner ini akan membuka kempen anda dengan halaman baru. Harap bermanfaat untuk anda yang belum lagi memasang kempen ChurpChurp ini. Jika belum ada ChurpChurp boleh daftar [DI SINI]. Login guna Facebook atau Twitter ok ^__^


Cara Menggunakan Widget Ini :
  1. Log masuk ke akaun ChurpChurp anda
  2. Pilih kempen ChurpChurp yang hendak dikongsi, pilih 'Share This' atau 'Keep Sharing'
  3. Salin url dan kod imej kempen tersebut. Klik SINI untuk cara dapatkan url kempen
  4. Tekan butang Ubahsuai di atas
  5. Tampal (Ctrl+V) url dan kod imej kempen ChurpChurp diruangan berkenaan di atas. Link url Kempen ChurpChurp diruangan kiri dan Link imej diruangan kanan
  6. Tekan butang Kemaskini
  7. Seterusnya tekan butang Pasang --> Pilih belog anda --> Add A Widget
  8. Selesai dan hasilnya lebih kurang macam di bawah ini (Cer klik :)
Wanna have a peace of mind before hitting the roads?
Shoo Away The Achoo!
Looking for a BIS Plan that is pocket-friendly?
Ceria Bersama ChurpChurp




INFO TontonTV

Malaysia -
Click To Find Out More :
A step closer to your dreams
It's a great time to whizz off with an MPV
Most Wonder-ful Galaxy Series
Are you ready for the most thrilling undercover mission of your life?





Tutup My NuffnangTolong Support GANG :)

TOP Referer