Memaparkan catatan dengan label sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sukan. Papar semua catatan
Jumaat, 20 Januari 2012

Kelantan berpeluang menduduki tangga teratas Liga Super apabila berkunjung ke Stadium Darul Aman untuk bertemu pasukan tercorot ketika ini, Kedah pada Jumaat. Kelantan kini mempunyai tujuh mata daripada tiga perlawanan sama dengan pendahulu liga, Terengganu T-Team, tetapi dibezakan dengan jaringan gol.
Skuad The Red Warriors berpeluang untuk memintas T-Team seandainya berjaya mengutip tiga mata penuh di Alor Star, memandangkan T-Team akan hanya beraksi pada Sabtu menentang pasukan abang mereka, Terengganu. Selepas tiga perlawanan, Kelantan masih belum tewas dan perlawanan dengan Kedah adalah peluang baik untuk jurulatih The Red Warriors, Peter Butler memantapkan pasukannya.
Juara Liga Super 2011 itu masih pincang di bahagian pertahanan dengan sudah dibolosi tiga kali, sesuatu yang amat meresahkan Butler ketika dia cuba mencari gandingan mantap. Dalam dua daripada tiga perlawanan pertama The Red Warriors, iaitu menentang Singapura dan Johor FC Selasa lalu menyaksikan Kelantan ketinggalan sebelum bangkit merakamkan kemenangan.
Tatkala barisan pertahanan Kelantan agak rapuh, ia diimbangi dengan jentera serangan yang masih berbisa diketuai penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha yang sudah meledakkan dua gol setakat ini. Sementara itu, Kedah yang kehilangan barisan kejurulatihannya termasuk Wan Jamak Wan Hassan yang menjalani penggantungan, kelihatan hilang arah pada permulaan musim ini.
Daripada tiga perlawanan, pasukan Hijau Kuning sekadar meraih tiga mata dan kekalahan kepada T-Team pada Selasa menyaksikan Kedah menduduki tangga ke-13 liga. Jangan lupa menyaksikan perlawanan Kedah menentang Kelantan yang disiarkan secara langsung menerusi Astro Arena, saluran 801 pada Jumaat, bermula dengan pra-rancangan jam 8 malam.
Untuk keputusan terkini semasa, serta live streaming boleh kunjungi laman ini.
Sumber - Arena.my
Label:
live streaming tv,
sukan
|
0
ulasan
Sabtu, 14 Januari 2012

Pada hari ini 6 Perlawanan Liga Super akan dilangsungkan dimana 4 perlawanan akan diadakan pada sebelah malam, 2 pertemuan dijadualkan pada sebelah petang. Kuala Lumpur akan bertemu T-Team di Stadium Hang Jebat. Terengganu akan menerima kunjungan Felda United. Sarawak akan melawat Sabah di Stadium Likas. Kedah akan memberi saingan kepada Lions XII di Stadium Darulaman. Negeri Sembilan pula akan menyapa Johor FC di Stadium Pasir Gudang. Dan semestinya perlawanan tumpuan pada malam ini adalah pertemuan Selangor menentang Perak di Stadium Nasional Bukit Jalil pada jam 8:45 malam nanti.
INFO LANJUT & KEPUTUSAN : [DISINI]
Khamis, 12 Januari 2012

Sebentar lagi akan berlangsung pertandingan Semifinal Carling Cup 2011/2012 antara Manchester City vs Liverpool. Siaran langsung pertandingan ini boleh anda saksikan di saluran RCTI, kick-off nya akan bermula pada jam 03:45 pagi.
Info lanjut : [DISINI]
Label:
live streaming tv,
sukan
|
0
ulasan
Selasa, 10 Januari 2012
Info lanjut? Baca di sini..
Label:
live streaming tv,
sukan
|
1 ulasan
Sabtu, 7 Januari 2012
Negeri Sembilan menjadi Juara Baru Piala Sumbangsih pada edisi kali ini dengan kemenangan 2 - 1 ke atas Kelantan sebentar tadi.
Video dan keputusan penuh perlawanan di sini.

MALAM ini kita bakal menyaksikan pertemuan 2 gergasi hebat dalam arena bola sepak negara. Pembukaan musim baru diserikan dengan pertemuan antara Kelantan menentang Negeri Sembilan, pada jam 8.45 malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kelantan bakal turun menentang Negeri Sembilan malam ini dengan misi untuk mempertahankan Piala Sumbangsih yang dijulang buat pertama kali pada musim lalu. Saksikan siaran langsung di RTM dan juga Astro Arena 801 malam ini.
Info lanjut? Klik sini..

Salam Sejahtera, untuk pengetahuan anda semua, pada 6 Januari 2012 merupakan hari pembukaan http://jerseymalaya.blogspot.com. Bersempena dengan pembukaan ini, JerseyMalaya telah mengadakan Cabutan Bertuah. Hanya Bloggers sahaja yang berpeluang untuk menyertai, langkah-langkah untuk turut serta yang sangat Mudah! Cuba nasib anda, mana lah tahu anda terpilih.
Ahad, 18 Disember 2011
CHEN LONG terus menjadi batu penghalang pemain nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei untuk memburu gelaran keempat Pusingan Akhir Siri Super Dunia, apabila kandas kepada pemain China itu di saingan separuh akhir semalam. Begitupun Chong Wei tidak memberi laluan mudah apabila bertarung dalam tiga set sebelum hampa dikecewakan pemain nombor tiga dunia itu, 16-21, 21-16, 18-21 dalam aksi berlangsung selama 1 jam 19 minit di Liuzhou, China.
Kekalahan itu sekali lagi memadamkan harapan peminat badminton tempatan untuk menyaksikan pertarungan epik di antara Chong Wei-Lin Dan pada saingan penutup tirai Siri Super Dunia tahun ini. Set pertama menjadi milik Chen Long meskipun Chong Wei memberi tentangan hebat sebelum pemain China itu menguasai babak akhir set itu dengan 21-16.Chong Wei segera bangkit pada babak kedua apabila menang 21-16 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan tetapi dominasi pemain muda China itu lebih ketara pada set ketiga meskipun pada satu ketika, kedua-duanya terikat 18-18 sebelum Chen Long menoktahkan kemenangan, 21-18. Hakikatnya ini bukan kali pertama Chen Long menjadi 'ranjau baru' dalam perjuangan Chong Wei apabila tewas kepada pemain itu pada Terbuka Jepun dan Terbuka Denmark, September lalu sebelum menewaskannya di separuh akhir Terbuka Perancis, bulan lalu.
Statistik itu wajar ditangani segera agar impian menyaksikan Chong Wei merangkul pingat pertama Olimpik tahun depan tidak berakhir begitu awal. - Metro Ahad
Sabtu, 17 Disember 2011
SOLO Indonesia - Kejayaan Malaysia meraih enam pingat emas, lima perak dan tiga gangsa pada hari pertama temasya Sukan Para ASEAN 2011 edisi keenam membuktikan kesungguhan atlet Orang Kelainan Upaya (OKU) untuk mengharumkan nama negara di rantau ini.
Dengan jumlah kutipan pingat itu, Malaysia kini menduduki tempat keempat dalam carta keseluruhan dengan 14 pingat. Thailand berada di tempat pertama dengan kutipan keseluruhan 40 pingat iaitu 19 emas, 14 perak dan 7 gangsa, mengatasi tuan rumah Indonesia yang mengumpul 15 emas, 7 perak dan 15 gangsa dengan kutipan keseluruhan 37 pingat.
Vietnam berada di depan Malaysia dengan kutipan 6 emas, 13 perak dan 8 gangsa dengan kutipan keseluruhan 27 pingat. Pingat emas pertama Malaysia semalam disumbangkan oleh Hemala Devi Enikutty dalam acara merejam lembing Kategori F12, Azlan Yusof (lempar cakera) dan Nursuhana Ramlan menerusi acara merejam lembing kategori F20 wanita (gangguan pembelajaran).Friden Dawan pula melakukannya dalam acara renang 400m gaya bebas kategori S10 (cacat anggota kaki), Razak Tambi menerusi acara 50m kuak lentang lelaki kategori SB9 (kecacatan kaki) dan Choo Kam Chan dari acara tenpin boling lelaki kategori TB2 (buta). - HarianMetro
Isnin, 5 Disember 2011
KEJUARAAN Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 berakhir dengan menyaksikan Norizman Ismail dinobatkan selaku juara keseluruhan kategori CP130 dengan kejayaan menjejakkan kaki di atas podium dalam perlumbaan sengit berlangsung di litar Padang Kota Lama, Pulau Pinang, semalam.Walaupun bermula di petak ketujuh, pelumba Harian Metro TEQ SCK Honda Racing itu berjaya menempatkan dirinya di atas podium apabila menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga dengan masa keseluruhan 12 minit 02.099 saat manakala Hafizh Syahrin Abdullah (PETRONAS Syntium Moto Yamaha Raceline) berjaya mempertahankan kemenangan buat kali ketiga berturut-turut sejak 2009 dengan catatan 11:40.831s diikuti Abdul Muhaimin Roslan (Yamaha Maju Motor Racing) kedudukan kedua,11:55.945s.
Jumlah 16 mata dipungut pada perlumbaan terakhir musim ini membolehkan Norizman mengekalkan kedudukan di tangga teratas dengan mengumpul 129 mata menewaskan rakan sepasukan, Mohd Affendi Rosli di tangga kedua dengan 111 mata manakala Muhaimin ketiga dengan 108 mata.
"Tidak ada apa yang boleh menggambarkan betapa gembiranya saya hari ini. Saya berterima kasih kepada seluruh pasukan, penaja, mekanik dan juga keluarga serta peminat yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya," kata pelumba berasal dari Sungai Buloh itu. ~ sumber BeritaHarian
TIDAK salah untuk pemain Harimau Muda yang sudah mencapai usia 21 atau 22 tahun menyertai kelab atau negeri tetapi jurulatih baru mereka harus memastikan tahap kecergasan dan permainan mereka sama atau lebih baik daripada ketika bersama pasukan muda kebangsaan itu.
Itu pandangan peribadi bekas jurulatih kebangsaan, B Sathianathan ketika ditanya mengenai ‘sistem pelik’ pembangunan bola sepak di Malaysia yang menyaksikan badan induk - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) - melatih pemain muda tetapi akhirnya 'diculik' persatuan negeri atau kelab ketika masih mampu bersama skuad muda kebangsaan.
"Saya sendiri sebagai jurulatih - jika saya mengambil khidmat pemain Harimau Muda - akan pastikan mereka sentiasa berada dalam kesebelasan utama dan mempunyai tahap kecergasan tertinggi seperti bersama skuad muda kebangsaan," kata Sathianathan yang kini mengendali pasukan Tentera.
"Ia menjadi tanggungjawab jurulatih memastikan pemain ini konsisten dalam latihan dan permainan kerana mereka ini adalah aset negara. Malah, pergaulan dan aktiviti mereka di luar padang juga harus dijaga kerana ia akan memberi kesan kepada skuad kebangsaan sekiranya mereka dipanggil semula." ~ sumber BeritaHarian






Tolong Support GANG :)