Rabu, 23 November 2011
KUALA LUMPUR : Harimau Muda sekali lagi bakal bertarung tenaga walaupun penat Sukan SEA masih belum reda. Malaysia akan menentang pasukan Syria sempena Kelayakan Olimpik London 2012. Perlawanan ini akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada jam 8.45 malam ini (23 Nov 2011). Perlawanan akan disiarkan secara langsung di RTM TV2 dan Astro ARENA. Tonton Live Streaming Malaysia vs Syria di [SINI].

Keputusan Penuh : Malaysia 0 - 2 Syria



[Update] Malaysia tewas 0 -2 kepada Syria dalam perlawanan Kelayakan Olimpik 2012 sebentar tadi. Jaringan Syria dihasilkan oleh Solaiman Solaiman pada minit ke 52 dan Nassouh Nakkahli pada minit ke 88. Perlawanan seterusnya pada 27 Nov 2011 (Ahad) nanti dimana Malaysia akan bertemu Bahrain, 8.45 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil.

PASUKAN Syria seolah-olah melancarkan perang psikologi buat pasukan negara apabila mengakui berdepan perlawanan yang cukup mendebarkan menjelang aksi kedua Kumpulan C pusingan kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.


Jurulatih Syria, Imad Khankan memberitahu, pihaknya sentiasa sedar dengan kemampuan Harimau Muda yang masih segar dengan kejayaan mempertahankan pingat emas Sukan SEA kelmarin.


Namun, pada masa sama katanya, beliau sudah mempunyai idea bagi berdepan skuad Malaysia, sekali gus mengutip tiga mata berharga selepas menewaskan Bahrain 3-1 dalam aksi pembuka tirai kumpulan sebelum ini.


“Malaysia memang pasukan yang kuat, terutamanya kepantasan pemain-pemainnya ketika menyerang. Mereka kuat sebagai satu pasukan berbanding bergantung kepada skil individu pemain semata-mata.


“Namun, saya yakin para pemain saya dapat meneruskan momentum kemenangan ketika menentang Bahrain, sekali gus menjanjikan satu pertemuan sengit esok (malam ini),” katanya kepada pemberita semalam.


Khankan memberitahu, pemainnya juga bersedia berdepan dengan ‘gelora’ Bukit Jalil yang pastinya dibanjiri penonton tuan rumah yang pastinya mahu meraikan kejayaan pasukan itu muncul juara acara bola sepak Sukan SEA.


Malah, pasukannya yang diperkuatkan dengan kehadiran tonggak utama seperti Mardek Mardkian dan Mohammed Fares yang berjaya meledak gol ketika menentang Bahrain tempoh hari juga mahu menghadiahkan kemenangan malam ini kepada seluruh rakyat Syria.


“Selain itu, saya juga berharap keputusan perlawanan antara Bahrain dan Jepun juga memihak kepada kami supaya kekal sebagai pendahulu kumpulan,” katanya.

0 ulasan:

INFO TontonTV

Malaysia -
Click To Find Out More :
A step closer to your dreams
It's a great time to whizz off with an MPV
Most Wonder-ful Galaxy Series
Are you ready for the most thrilling undercover mission of your life?





Tutup My NuffnangTolong Support GANG :)

TOP Referer