Ahad, 27 November 2011
PETALING JAYA - Pertemuan menentang Bahrain malam ini ibarat misi 'hidup mati' buat skuad Harimau Muda, tegas jurulatih kebangsaan, Ong Kim Swee. Kita perlu menang jika masih memasang impian untuk beraksi di Sukan Olimpik London tahun depan atau peluang semakin tipis jika tewas buat kali ketiga berurut-turut.

Bagi memastikan tiga mata diraih di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Harimau Muda akan turun dengan menyerang habis-habisan, janji Kim Swee yang turut lega melihat kebanyakan pemain semakin cergas selepas tampak keletihan ketika tumpas 0-2 kepada Syria, Rabu lalu.

Ketika ini, Malaysia menghuni tangga tercorot Kumpulan C kelayakan Olimpik 2012 selepas tewas dalam dua perlawanan pertama kepada Jepun dan Syria, ironiknya Bahrain juga gagal mengutip sebarang mata dalam dua aksi pertama mereka kerana kalah kepada lawan yang sama.

Hanya tiga mata penuh mampu mencerahkan peluang Malaysia untuk sekurang-kurangnya muncul naib juara kumpulan, justeru Kim Swee mahu anak-anak buahnya menghadapi perlawanan ini seperti pertarungan akhir. ~ sumber : Utusan Malaysia Online

Live Streaming di [SINI]


Keputusan Penuh : Gol pertama Malaysia dijaringkan oleh Nazmi Faiz Mansor pada minit ke 30.  Gol kedua Malaysia oleh Mahali Jasuli pada minit 67. Dalam masa 6 minit bermula minit ke 80 Bahrain telah menjaringkan 3 gol berturut-turut untuk mendahului Malaysia. Gol pertama Bahrain daripada Amir El Saad minit ke 80.

Malaysia 2 - 3 Bahrain



VIDEO Jaringan Pertama Malaysia - Nazmi Faiz Mansor


VIDEO Jaringan Kedua Malaysia - Mahali Jasuli


VIDEO 3 Gol Bahrain Memusnahkan Impian Malaysia

Kredit Video : Sokernet.com

0 ulasan:

INFO TontonTV

Malaysia -
Click To Find Out More :
A step closer to your dreams
It's a great time to whizz off with an MPV
Most Wonder-ful Galaxy Series
Are you ready for the most thrilling undercover mission of your life?





Tutup My NuffnangTolong Support GANG :)

TOP Referer