Jumaat, 11 November 2011
Pertemuan Malaysia vs Singapura pada 7 Nov lalu

Hari ini 11 November 2011 bakal menyaksikan pertemuan antara pasukan Indonesia menentang Singapura live di Stadium Utama Gelora Bung Karno (SUGBK), Senayan, Jakarta.  pada jam 3 petang. Tonton live streaming Indonesia vs Singapura ini di Jom Tonton TV. Klik SINI dan pilih saluran RCTI atau TVRI.


Keputusan : Indonesia 2 - Singapura 0
Kemaskini 3:44PM


JAKARTA - Jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Ong Kim Swee menegaskan, belum masanya untuk pemain negara berpesta meraikan kemenangan penting 2-1 ke atas Thailand dalam acara bola sepak Sukan SEA 2011 di sini, kelmarin.

Tegas Kim Swee, ini kerana kemenangan tersebut bukan bermakna laluan ke separuh akhir sudah terjamin. Malahan, jelasnya berdasarkan kedudukan pasukan pilihan dalam Kumpulan A, pasukan yang layak ke separuh akhir hanya bakal ditentukan pada perlawanan terakhir kumpulan 17 November ini, melibatkan Malaysia menentang Indonesia serta Thailand melawan Singapura.

"Saya tidak mahu kemenangan semalam (kelmarin) menyebabkan pemain mula berpuas hati. Sebaliknya mereka harus terus fokus walaupun sudah mendapat keputusan yang dihajati iaitu tiga mata penuh," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Malaysia kini berkongsi empat mata bersama Singapura dalam Kumpulan A setelah skuad negara jiran itu juga mencatat kemenangan 2-1 ke atas Kemboja, kelmarin. Pasukan tuan rumah, Indonesia pada tangga ketiga dengan tiga mata hasil kemenangan besar 6-0 ke atas Kemboja. Walaupun tewas 1-2 kepada Malaysia kelmarin, Thailand masih berpeluang merebut slot ke separuh akhir kerana baru beraksi satu perlawanan.

Mengulas saingan empat pasukan pilihan Kumpulan A untuk ke separuh akhir, Kim Swee berkata, semua pasukan masih mempunyai peluang. "Kita memang menjangkakan saingan kumpulan ini sengit. Malahan, belum ada bayangan pasukan mana yang benar-benar memiliki kelebihan untuk ke separuh akhir. Saya ramalkan mana-mana pasukan yang meraih tujuh mata, memiliki peluang untuk melepasi saingan peringkat kumpulan," katanya.

Skuad kebangsaan berpeluang menambah tiga lagi mata apabila berdepan Kemboja pada Ahad ini. Namun, Kim Swee tidak mahu pemain memandang mudah Kemboja yang tewas dalam kedua-dua perlawanan setakat ini. - Utusan

Perlawanan Seterusnya :

  • 7 November 2011 – MALAYSIA lwn SINGAPORE (4:45 PM)
  • 9 November 2011 – MALAYSIA lwn THAILAND (4:45 PM)
  • 11 November 2011 – INDONESIA lwn SINGAPORE (3:00 PM)
  • 13 November 2011 – MALAYSIA lwn KEMBOJA (4:45 PM)
  • 17 November 2011 – INDONESIA lwn MALAYSIA (7:30 PM)                                         

0 ulasan:

INFO TontonTV

Malaysia -
Click To Find Out More :
A step closer to your dreams
It's a great time to whizz off with an MPV
Most Wonder-ful Galaxy Series
Are you ready for the most thrilling undercover mission of your life?





Tutup My NuffnangTolong Support GANG :)

TOP Referer