Jumaat, 20 Januari 2012

Kelantan berpeluang menduduki tangga teratas Liga Super apabila berkunjung ke Stadium Darul Aman untuk bertemu pasukan tercorot ketika ini, Kedah pada Jumaat. Kelantan kini mempunyai tujuh mata daripada tiga perlawanan sama dengan pendahulu liga, Terengganu T-Team, tetapi dibezakan dengan jaringan gol.

Skuad The Red Warriors berpeluang untuk memintas T-Team seandainya berjaya mengutip tiga mata penuh di Alor Star, memandangkan T-Team akan hanya beraksi pada Sabtu menentang pasukan abang mereka, Terengganu. Selepas tiga perlawanan, Kelantan masih belum tewas dan perlawanan dengan Kedah adalah peluang baik untuk jurulatih The Red Warriors, Peter Butler memantapkan pasukannya.

Juara Liga Super 2011 itu masih pincang di bahagian pertahanan dengan sudah dibolosi tiga kali, sesuatu yang amat meresahkan Butler ketika dia cuba mencari gandingan mantap. Dalam dua daripada tiga perlawanan pertama The Red Warriors, iaitu menentang Singapura dan Johor FC Selasa lalu menyaksikan Kelantan ketinggalan sebelum bangkit merakamkan kemenangan.

Tatkala barisan pertahanan Kelantan agak rapuh, ia diimbangi dengan jentera serangan yang masih berbisa diketuai penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha yang sudah meledakkan dua gol setakat ini. Sementara itu, Kedah yang kehilangan barisan kejurulatihannya termasuk Wan Jamak Wan Hassan yang menjalani penggantungan, kelihatan hilang arah pada permulaan musim ini.

Daripada tiga perlawanan, pasukan Hijau Kuning sekadar meraih tiga mata dan kekalahan kepada T-Team pada Selasa menyaksikan Kedah menduduki tangga ke-13 liga. Jangan lupa menyaksikan perlawanan Kedah menentang Kelantan yang disiarkan secara langsung menerusi Astro Arena, saluran 801 pada Jumaat, bermula dengan pra-rancangan jam 8 malam.

Untuk keputusan terkini semasa, serta live streaming boleh kunjungi laman ini.
Sumber - Arena.my

Sabtu, 14 Januari 2012


Pada hari ini 6 Perlawanan Liga Super akan dilangsungkan dimana 4 perlawanan akan diadakan pada sebelah malam, 2 pertemuan dijadualkan pada sebelah petang. Kuala Lumpur akan bertemu T-Team di Stadium Hang Jebat. Terengganu akan menerima kunjungan Felda United. Sarawak akan melawat Sabah di Stadium Likas. Kedah akan memberi saingan kepada Lions XII di Stadium Darulaman. Negeri Sembilan pula akan menyapa Johor FC di Stadium Pasir Gudang. Dan semestinya perlawanan tumpuan pada malam ini adalah pertemuan Selangor menentang Perak di Stadium Nasional Bukit Jalil pada jam 8:45 malam nanti. 

INFO LANJUT & KEPUTUSAN : [DISINI]


Khamis, 12 Januari 2012




Sebentar lagi akan berlangsung  pertandingan Semifinal Carling Cup 2011/2012 antara Manchester City vs Liverpool. Siaran langsung pertandingan ini boleh anda saksikan di saluran RCTI, kick-off nya akan bermula pada jam 03:45 pagi.


Info lanjut : [DISINI]
Selasa, 10 Januari 2012

Malam ini 7 perlawanan akan berlangsung. Pasukan manakah pilihan anda malam ini? Anda boleh mengikuti Siaran Langsung malam ini di RTM TV1 dan juga Astro Arena 801.

Info lanjut? Baca di sini..
Sabtu, 7 Januari 2012


Negeri Sembilan menjadi Juara Baru Piala Sumbangsih pada edisi kali ini dengan kemenangan 2 - 1 ke atas Kelantan sebentar tadi.

Video dan keputusan penuh perlawanan di sini.


piala sumbangsih 2012 - kelantan vs negeri sembilan
MALAM ini kita bakal menyaksikan pertemuan 2 gergasi hebat dalam arena bola sepak negara. Pembukaan musim baru diserikan dengan pertemuan antara Kelantan menentang Negeri Sembilan, pada jam 8.45 malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kelantan bakal turun menentang Negeri Sembilan malam ini dengan misi untuk mempertahankan Piala Sumbangsih yang dijulang buat pertama kali pada musim lalu. Saksikan siaran langsung di RTM dan juga Astro Arena 801 malam ini.

Info lanjut? Klik sini..




Hadiah Menarik Cabutan Bertuah JerseyMalaya
Salam Sejahtera, untuk pengetahuan anda semua, pada 6 Januari 2012 merupakan hari pembukaan http://jerseymalaya.blogspot.com. Bersempena dengan pembukaan ini, JerseyMalaya telah mengadakan Cabutan Bertuah. Hanya Bloggers sahaja yang berpeluang untuk menyertai, langkah-langkah untuk turut serta yang sangat Mudah! Cuba nasib anda, mana lah tahu anda terpilih.

Jersey Malaysia Untuk Dimenangi! Info lanjut? Klik sini..




Isnin, 2 Januari 2012


Tahniah kepada Osbon kerana berjaya dinobatkan sebagai Maharaja Lawak Mega bagi tahun 2011 dengan membawa pulang hadiah berjumlah RM350,000. Memang terbaekkk lah! Tahniah juga buat Boboi yang mendapat tempat kedua, Saehu tempat ketiga dan Syok tempat keempat.






Bagi tahun 2011 yang baru sahaja berakhir, banyak perkembangan yang berlaku di sekeliling kita. Dengan pelbagai inisiatif positif yang diambil kerajaan, kini semua golongan masyarakat dapat menikmati kemudahan internet. Bidang blogging di Malaysia terus meningkat dengan mendadak. Malah pelajar sekolah pun ramai memiliki belog sendiri. Baiklah, untuk tahun 2011, antara belog Malaysia yang sering dikunjungi menurut Google adalah :

2. Beautifulnara
3. Papagomo
4. Jejariruncing
5. Honeykoyuki
6. Oh Bulan
7. Kari Ngeri
8. Malaymoviesfull
9. MyResipi
10. IniBelogSaya


Nampaknya, Blog Serius yang memuatkan pelbagai info dan fakta menarik hampir seantero dunia telah mengungguli carta. Tahniah buat Blog Serius. Serius kool :)

INFO TontonTV

Malaysia -
Click To Find Out More :
A step closer to your dreams
It's a great time to whizz off with an MPV
Most Wonder-ful Galaxy Series
Are you ready for the most thrilling undercover mission of your life?





Tutup My NuffnangTolong Support GANG :)

TOP Referer